Thursday 3 December 2009

PEMBANGUNAN INSAN CEMERLANG


SmartCampKabare ditubuh dengan matlamat nntuk menawarkan khidmat kepada masyarakat melalui aktiviti dan program SmartCamp bagi disertai oleh kanak-kanak dan para remaja.
Remaja adalah golongan yang sangat berpotensi dan memiliki pelbagai kekuatan dan keistimewaan. Proses pembesaran dan perkembangan remaja perlu melalui suatu kaedah yang 'smart' sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Al-Qur'an dan Sunnah.
Model SmartCampKabare adalah pembentukan generasi cemerlang dan gemilang yang diasaskan oleh Rasulullah saw.... Natijah yang diharapkan ialah seperti mana lahirnya pemuda-pemuda yang menjulang kebaikan, kemuliaan, keberanian, kecemerlangan, ... sebagaimana lahirnya Saidina Ali (Mengalahkan Al-harith dalam perang Khybar pada usia muda0, Ussamah bin Zyed (Menjadi panglima menggantikan Khalid Al-Walid pada umur 17 tahun), Muhammad Al-Faateh (menakluki Konstantinopol pada umur 24 tahun), Imam Syafie (menghafal Qur'an berumur 10tahun), Hassan Al-Banna (membangun dan memimpin Ikhwannul Muslimin ketika berusia 30'an).
Masyarakat dan ummat ini memerlukan suatu transformasi Minda dan Spiritual.... SmartCampKabare menawarkan pakej yang mengandungi pelbagai aktiviti bagi melahirkan remaja dan pemuda bentuk baru yang cemerlang inteleknya, baik akhlaknya, benar ibadahnya.

No comments:

Post a Comment