Sunday 6 December 2009

SMARCAMP KABARE BERJALAN LANCAR & LEBIH MENARIK TAHUN INI



Pemberita Salam Kabare melaporkan ....
Dalam keheningan Kampung Permatang Sepam yang tenang, aliran air di parit yang deras, sepoi-sepoi angin yang mengoncang pepohon .... sekumpulan pelajar sedang berkampunf di SKSJ. Seramai lebih 50 peserta SmartCampKabare sedang rancak menjalani berbagai aktiviti menarik. Bermula pada 4 Dis dan berakhir pada 6 Dis 2009, para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah didedahkan dengan pelbagai kemahiran inter-personal dan intra-personal. Kemahiran menjana minda cergas, kemahiran belajar, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran ibadah .... dan sebagainaya didedahakan melalui lebih 7 modul berbentuk indoor dan outdoor yang dibentuk oleh sekretariat SmartCampKabare. Abang Muhammad Aiman Mohd Zin adalah ketua fasilitator dan penggerak utama sepanjang kem dengan dibantu sepenuh masa oleh Kakak Nurshafeeqah dan Abang Muhammad Sabiq. Kem kali ini mengenengahkan beberapa modul baru dan lebih banyak aktiviti kreatif dan inovatif yang dapat mendedahkan pelbagai kemahiran dan ilmu yang sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak remaja hari ini. "Saya sangat gembira melihat keupayaan ketua fasilitator mengendalikan kem kali ini dan saya berharap Sdr Muhamad Aiman akan terus menyumbang pada kem-kem akan datang" kata Pengurus Operasi SmartCampKabare, Cikgu Zul.
Sepanjang kem berjalan, PM Dr Mohd Zin Kandar sebagai pengarah, berada disamping peserta memantau perjalanan kem. Pengurus operasi Kem, Cikgu Dzulkarnain juga berada di tapak kem memastikan segala perjalanan dan persiapan berada di dalam keadaan baik walaupun beliau juga terpaksa pergi kenduri di Pt Sulong.Pengurus Kewangan SmartCamp (En Masodin), ahli lembaga (En Atan, En Saadan dan Isteri, En Kadin & En Abdullah) juga turut berada dan membantu perjalanan kem. Sesuatu yang Istimewa kem tahun ini ialah jamuan para peserta diadakan di rumah En Johan yang kebetulan mengadakan Aqikah anak-anaknya (terima kasih En Johan). Ucapan terima kasih kepada Yaii Abu Bakar dan ahli keluarga yang membantu menyediakan makanan termasuk wak Ngatman dan keluarga. Terima kasih khusus kepada penyumbang hadiah, En Kadin & En Atan. Kepada semua penyumbang dan ibu bapa peserta, pihak SmartCampKabare mengucapkan terima kasih yang tak terhingga.
Tidak ketinggalan kepada Guru Besar dan Kakitangan SKSJ, Pihak Masjid Kg Permatang Sepam - jutaan terima kasih di atas kerjasama menyediakan premis untuk aktiviti yang sangat berguna kepada bakal pemimpin yang soleh dan solehah pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment